Description
Naskhah ini memerihalkan tentang disiplin sains pemikiran (kritis dan kreatif) secara teoritis, konseptualis dan praktis. Memandangkan, naskhah seumpama ini tidak banyak di pasaran, penulis terpanggil untuk menggarap bahan teks secara ilmiah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan perbincangan kritis dengan beberapa pengamat sains pemikiran. Topik-topik yang dipaparkan dalam naskhah ini merupakan bahan pengajaran bagi kursus Pemikiran Kritis dan Kreatif yang ditawarkan secara elektif di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM. Kandungan naskhah ini bukan sahaja sesuai kepada mahasiswa, malah kepada sesiapa saja yang berminat untuk menekuninya. Naskhah ini diharapkan dapat memberi gambaran sebenar kepada pembaca mengenai disiplin sains pemikiran (kritis dan kreatif)