Description
Kejuruteraan kawalan adalah elemen asas yang utama dalam bidang teknologi terutamanya bagi bidang teknologi elektrik. Pengenalan Kejuruteraan Kawalan menerangkan secara asas elemen-elemen penting dalam sistem kejuruteraan kawalan. Sifat-sifat gelung buka dan gelung tertutup, Jelmaan Laplace, dan Permodelan Matematik diterangkan secara terperinci sebagai asas pembelajaran sistem kawalan yang lebih mendalam. Beberapa contoh permasalahan dan penyelesaian dimuatkan dalam buku ini bagi mengukuhkan teori yang dibincangkan. Buku ini sesuai sebagai rujukan untuk pelajar jurusan teknologi sama ada di peringkat sarjana muda, diploma mahupun sijil serta jurutera dan juruteknik yang terlibat dalam bidang Kejuruteraan Kawalan.