Penilaian Sumber & Harta Tanah Hutan

RM55.00

Category: Tag:

Description

Buku ini mengetengahkan sebuah karya yang digarap dengan menggabungkan konsep dan kaedah penilaian hutan sebagai sumber alam dan harta tanah. Penilaian hutan sebagai sumber alam diasaskan kepada kaedah ekonomi, manakala penilaian hutan sebagai harta tanah diasaskan kepada kaedah kewangan. Penggabungan ini dilakukan bagi memenuhi keperluan kerana wujudnya jurang antara keperluan kurikulum pengajaran tinggi tentang penilaian ekonomi sumber hutan dengan penilaian harta tanah hutan.

Penilaian kaedah ekonomi lebih menumpukan kepada penilaian bagi barangan dan perkhidmatan alam sama ada mempunyai pasaran atau tidak. Persoalannya, sumber alam boleh bersifat ‘tangible’ atau ‘intangible’. Justeru, cabaran utama penilaian ekonomi sumber hutan ialah meletak atau menetapkan harga bagi barangan ‘intangible’ tersebut.

Penilaian harta tanah hutan pula memfokus penilaian kepada aspek kewangan terhadap barangan alam yang lebih terhad, terutamanya barangan pasar seperti kayu kayan, bagi tujuan membuat keputusan yang melibatkan individu orang atau firma secara persendirian, manakala harta tanah hutan lebih berkait dengan barangan yang bersifat ‘tangible’ dan dijual beli di pasaran.

Dengan isu pengurusan eksploitasi sumber perhutanan yang menjadi semakin rumit, penilaian hutan sebagai sumber alam dan penilaian hutan sebagai harta tanah perlu dipelajari secara bersepadu. Buku ini membincangkan keperluan kurikulum penilaian di peringkat institusi pengajian tinggi.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.