Description
Buku ini menjelaskan masalah tingkah laku dalam kalangan remaja yang perlu diambil perhatian yang serius oleh semua pihak. Remaja mudah dipengaruhi dan mereka sering kali bertindak mengikut perasaan. Masalah sosial bersifat subjektif dan boleh berubah mengikut keadaan, tempat, dan masa. Justeru, persepsi awal dan keperihatinan kedua-dua ibu bapa serta guru dalam mengenal pasti punca dan tanda-tanda penyelewengan tingkah laku remaja mampu membendung terjadinya pelbagai gejala tidak sihat dalam masyarakat pada masa kini. Oleh itu, beberapa kaedah yang dibincangkan dalam buku ini bakal dijadikan rujukan dan panduan semua pihak untuk membantu remaja yang mempunyai masalah tingkah laku dalam kehidupan.