Description
Buku ini membincangkan sejarah perkembangan peradaban masyarakat Melayu di Nusantara yang meliputi pencapaian mereka dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan, sains, dan teknologi. Apa yang menarik ialah sebahagian besar daripada unsur-unsur penting yang membina peradaban ini masih dipusakai hingga ke hari ini seperti pemikiran masyarakat Melayu tentang raja dan kehidupan politik, pengaruh Islam dalam budaya dan pemikiran, serta perubatan Melayu. Buku ini amat berguna kepada mereka yang ingin mengetahui dan memahami pemikiran, kebudayaan, dan pencapaian masyarakat Melayu.