Description
Perjalanan kepimpinan seorang pemimpin dari fasa awal sehingga fasa akhir merupakan sebuah penerokaan terhadap bagaimana seseorang pemimpin memimpin, masalah dan cabaran ketika memimpin, strategi dan pendekatan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ketika memimpin khususnya di sekolah. Buku ini ditulis untuk menceritakan perjalanan kepimpinan seseorang pemimpin khususnya guru besar di Malaysia daripada fasa awal sehingga fasa terakhir yang dikenali sebagai guru besar senior. Antara elemen menarik buku ini menceritakan semua aspek yang dihurai, dikupas mahupun digambarkan dalam meneroka perjalanan kempimpinan seorang pemimpin sekolah rendah bernama guru besar yang amat penting dalam memimpin sekolah rendah di Malaysia. Rumusannya, buku tentang peringkat kepimpinan meneroka bagaimana sesebuah sekolah rendah dipimpin dalam menuju kepada kecemerlangan dan pencapaian visi dan misi sekolah yang telah ditetapkan.