Description
Perspektif Baharu dalam Pengkaedahan Pendidikan Akidah di Malaysia berkisar tentang peranan akidah terhadap penghayatan akhlak para pelajar. Akidah menurut perspektif Islam diibaratkan tunjang bagi sepohon pokok. Kuat tunjangnya, maka kuatlah pokok itu. Begitu juga halnya dengan seorang Muslim, apabila akidahnya mantap, maka mantaplah keperibadiannya sehingga mampu menjadi seorang Mukmin yang bertakwa, beramal soleh, dan berakhlak mulia. Kekuatan akidah juga menjadikan seorang Muslim itu kental dan dinamik dalam mencapai kejayaan sehingga layak dijadikan suri teladan kepada seluruh umat manusia. Sebaliknya, kelemahan akidah menghilangkan keindahan Islam yang terjelma dalam diri umatnya melalui pelbagai bentuk seperti pelaksanaan ibadah, dan pencitraan akhlak. Oleh itu, penghasilan buku ini adalah relevan dengan keperluan umat Islam bagi menyoroti peranan Pendidikan Islam yang menjadikan akidah sebagai teras dalam membangunkan penghayatan akhlak para pelajar, dan seterusnya umat Islam.
Buku ini diharap dapat menjadi rujukan utama, khususnya kepada warga pendidik dan penyelidik yang terlibat dalam pembentukan kurikulum Pendidikan Islam serta para pelajar yang ingin memahami peranan akidah dalam pembentukan keperibadian akhlak umat Islam.