Pokok di Taman Awam Malaysia

RM60.00

Category: Tag:

Description

Taman awam ialah kawasan yang dikhaskan untuk orang awam beristirehat dan beriadah. Perancangan dan reka bentuk taman yang baik dapat mewujudkan persekitaran hidup yang selesa, ceria, bersih, dan indah serta memenuhi keperluan rekreasi semua lapisan masyarakat yang mengunjunginya. Justeru, pembangunan taman awam dilihat berjaya menyatukan hubungan masyarakat melalui konsep riadah bersama keluarga dan sahabat handai serta interaksi antara pelbagai lapisan umur dan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Taman awam bukan sahaja memberi suasana persekitaran yang selesa serta menarik, malah pembangunannya dapat membantu hasrat negara untuk Program Kempen Menanam Pokok di seluruh negara.

Pembentukan sesebuah taman memerlukan suatu reka bentuk dengan sokongan elemen tertentu. Justeru, pokok ialah elemen yang paling penting dalam pembentukan sesebuah taman awam. Penanaman pokok yang merangkumi seni mengolah, mereka bentuk, dan mereka cipta situasi yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan setempat yang berdasarkan penggunaan bahan tanaman dan elemen binaan yang lain adalah sangat penting dalam bidang landskap. Pemilihan tanaman yang pelbagai warna, bentuk seperti pokok besar, sederhana, kecil, renek, dan penutup bumi dapat mewujudkan ruang yang selesa, cantik, dan berfungsi untuk menyerlahkan persekitaran yang sesuai bagi tujuan kawasan istirehat.

Buku ini sesuai sebagai rujukan dan panduan kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi dan masyarakat umum tentang cara mengenali pokok di taman awam berdasarkan reka bentuk dan ruang serta fungsinya

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index