Profesionalisme Kaunselor: Etika & Kompetensi

RM68.00

Category:

Description

Peranan dan tanggungjawab kaunselor dilihat semakin mencabar pada masa ini seiring dengan ledakan dan kemajuan era globalisasi serta peningkatan pelbagai isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, seseorang kaunselor perlu meningkatkan kompetensi mereka dari segi pengayaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang berkaitan agar dapat memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik dan profesional kepada masyarakat di Malaysia, khususnya.

Buku ini membincangkan profesionalisme seorang kaunselor berdasarkan amalan dan isu-isu etika dalam kaunseling serta peningkatan kompetensi kaunselor yang merangkumi aspek penilaian dan pengujian dalam kaunseling, perkhidmatan perundingan, aplikasi teknologi dalam kaunseling (kaunseling melalui telefon dan dalam talian), pengendalian intervensi krisis (kaunseling klien yang kesedihan dan kehilangan serta kaunseling klien yang berisiko membunuh diri), aplikasi kreativiti dalam kaunseling serta hala tuju profesionalisme kaunseling abad ke-21. Garapan bahasa yang telah diolah secara terperinci dan mudah berserta pelbagai contoh dan ilustrasi telah disaji bagi menjadikan buku ini lebih menarik dan mudah untuk dibaca dan difahami. Buku ini juga dimantapkan dengan pelbagai contoh kes kaunseling yang relevan.

Justeru, buku ini sesuai sebagai bahan rujukan, khususnya kepada para kaunselor di Malaysia, baik yang masih baharu mahupun yang telah berpengalaman berkhidmat bagi memantapkan profesionalisme kaunseling yang diceburi, para pelajar dan pensyarah di kolej, institut pendidikan guru dan institusi pengajian tinggi, para pengamal kaunseling, para pendidik di sekolah atau mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan menggunakan pendekatan kaunseling dalam proses menolong.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.