Projek Pembangunan UTM Di Bawah RMK–9

RM160.00

Category: Tag:

Description

Buku Projek Pembangunan UTM Di Bawah RMK–9 memuatkan maklumat keseluruhan aktiviti pengurusan projek pembangunan UTM dari mula perancangan hingga sesebuah bangunan beroperasi. Pelaksanaan projek pembangunan UTM di bawah RMK–9 ini bermula pada tahun 2006. Keseluruhan projek UTM RMK-9 adalah bernilai hampir RM1 bilion dan merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah UTM di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia.

Buku ini merakamkan pengalaman pelaksanaan pengurusan projek pembinaan yang melibatkan pematuhan ke atas garis panduan piawaian, prosedur permohonan di peringkat kementerian, kelulusan kewangan, proses reka bentuk, pembinaan di tapak bina, proses pengujian dan pentauliahan, penyerahan kepada pelanggan, serta penyenggaraan dalam tempoh tanggungan kecacatan. Setiap aktiviti pengurusan kerja direkodkan secara terperinci melalui analisis dan penambahbaikan terhadap sesuatu proses. Secara umumnya, projek pembangunan UTM adalah merupakan kesinambungan untuk membangunkan kampus universiti kondusif dan lestari yang setaraf di peringkat global.

Buku ini amat bernilai dan mampu menjadi panduan dan sumber rujukan untuk membantu mereka yang terlibat dalam pelaksanaan pengurusan projek pembinaan kampus di Malaysia.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.