Description
Buku ini memaparkan penjelasan terperinci mengenai konsep dan pengiraan yang terlibat dalam Reka Bentuk Sistem Kuasa Bendalir. Ia sesuai digunakan sebagai teks untuk pelajar Diploma dan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dan juga Kejuruteraan Mekatronik. Pelajar yang mengikuti kursus Diploma dan Ijazah Teknologi juga boleh menggunakan buku ini. Buku ini juga sesuai digunakan sebagai manual rujukan kepada golongan profesional yang terlibat dengan kerja reka bentuk sistem kuasa bendalir kerana konsep dan kaedah reka bentuk yang dijelaskan dalam buku ini lebih berbentuk praktikal tanpa mengabaikan aspek teoritikal. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu hidraulik dan pneumatik. Bab 3 hingga Bab 6 adalah mengenai Reka Bentuk Sistem Hidraulik, manakala Bab 7 hingga Bab 9 adalah berkaitan dengan Reka Bentuk Sistem Pneumatik. Bab 2 pula merupakan ulang kaji konsep mekanik bendalir yang akan digunakan dalam Reka Bentuk Sistem Kuasa Bendalir ini. Bab terakhir dalam buku ini, Bab 9, membincangkan tajuk Reka Bentuk Sistem Elektro?pneumatik. Pengetahuan yang digarap dalam bab ini dapat digunakan dalam sistem Elektro?hidraulik. Beberapa masalah yang melibatkan reka bentuk sistem hidraulik dan sistem pneumatik diberikan di bahagian akhir teks bertujuan untuk menguji kemampuan pembaca menyelesaikan masalah yang melibatkan reka bentuk sistem kuasa bendalir.