Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan

RM40.00

Category: Tag:

Description

Buku ini disediakan untuk membantu bakal penyelidik yang berminat memahami dengan lebih terperinci konsep penyelidikan pendidikan terutama yang menggunakan reka bentuk tinjauan soal selidik. Bahagian awal buku ini membincangkan asas penyelidikan pendidikan iaitu pengukuran dan penilaian perubahan pengalaman seseorang hasil rangsangan dan perubahan pemikiran yang melibatkan tingkah laku dan persepsi.

Peringkat kedua buku ini cuba mengintegrasikan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik yang sesuai untuk menyediakan cadangan kajian, melaksanakan kajian tersebut dan memproses data supaya kesimpulan dan generalisasi pada peringkat akhir boleh dihasilkan merujuk kepada kehendak asal objektif kajian. Kaedah tinjauan adalah reka bentuk penyelidikan yang paling mudah dan popular dilaksanakan di kalangan pendidik.

Buku ini sangat sesuai bagi para pelajar universiti disemua peringkat dan juga para pengamal pendidikan kerana kaedah pelaksanaan dijelaskan secara sistematik dan tersusun untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang besar, dalam bentuk yang ringkas dan ekonomikal.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.