Sekolah Agama Penjana Generasi Berakhlak

RM45.00

Category: Tag:

Description

Sekolah Agama Penjana Generasi Berakhlak ialah sebuah buku yang menyingkap peranan sekolah agama sebagai institusi yang membentuk akhlak para pelajar. Sekolah agama sama ada di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau kerajaan negeri seperti Sekolah Menengah Agama Negeri (SAN) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), sekolah agama pagi dan petang, serta sekolah agama swasta, semuanya sangat signifikan dalam membentuk keperibadian akhlak para pelajar mereka. Seterusnya, berlatarbelakangkan 15 SMAR di Johor serta dengan spesifikasi kajian yang lebih mendalam, fokus buku ini melihat peranan yang dimainkan oleh sekolah agama dalam menjana akhlak mahmudah dan membebaskan para pelajar daripada akhlak mazmumah. Hasil kajian menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan oleh SMAR adalah penting dan signifikan kepada pembangunan akhlak para pelajar dan masyarakat di negeri Johor. Justeru, ‘jentera’ pembentukan akhlak ini wajar dipertahan, diperjuang, dan dimajukan agar menjadi wadah penting dalam pembangunan pelapis masyarakat berakhlak tinggi dan mulia. Buku ini sesuai sebagai rujukan kepada para penggerak sekolah agama di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Negeri, Jabatan Sejarah berkaitan sekolah agama, ahli akademik, pejuang sekolah agama, pengetua dan guru besar, guru agama, dan masyarakat Islam seluruh Malaysia yang ingin melihat sejarah perkembangan sekolah agama secara dekat serta peranan sekolah ini dalam membentuk akhlak para pelajarnya.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.