Description
Buku Simulasi Iteratif: Pendekatan Berkesan ini merupakan satu daripada judul dalam Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Buku ini membincangkan salah satu aspek pedagogi yang boleh membantu pengajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Aktiviti dalam kaedah simulasi membolehkan pelajar melibatkan diri dalam suasana pembelajaran yang berfokus kepada kemahiran interpersonal. Suasana sebegini bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari, malah dapat menyerlahkan bakat dan potensi diri mengikut kebolehan dan kemampuan sendiri. Buku ini mengandungi lima unit. Bab satu mengandungi penerangan kelebihan simulasi dalam meningkatkan mutu pembelajaran. Bab dua pula khusus membincangkan teknologi simulasi berasaskan web. Bab tiga menjelaskan pembangunan simulasi berasaskan web. Bab empat pula membincangkan kesesuaian simulasi berasaskan web. Akhir sekali, bab lima keberkesanan simulasi berasaskan web terhadap pelajaran. Diharapkan buku ini dapat membimbing pengajar ke arah menjadi pengajar yang bukan sahaja berupaya menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, tetapi juga berkeyakinan untuk meneroka pelbagai aktiviti yang disarankan bagi mempertingkatkan penguasaan pedagogi pengajar.