Sistem Pencegahan Kebakaran Edisi ke-2

RM65.00

Category:

Description

Buku Sistem Pencegahan Kebakaran – Edisi Kedua membincangkan aspek kebakaran dan puncanya, pemasangan dan operasi serta senggaraan beberapa sistem pencegahan dan perlindungan kebakaran yang digunakan khususnya untuk bangunan kediaman termasuk hotel dan asrama, bangunan pejabat dan ruang perniagaan termasuk ruang niaga dan pameran. Sistem pencegahan dan perlindungan kebakaran yang dibincangkan adalah selaras dengan kehendak akta dan peraturan serta piawaian yang serasi dan dikuat kuasakan di Malaysia. Bahan perbincangan juga menyentuh tentang garis panduan yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia serta beberapa piawaian antarabangsa dan kaedah praktik. Buku edisi kedua ini mengandungi sebelas bab, iaitu tambahan tiga bab daripada buku asal terbitan tahun 2011.

Perbincangan berfokus kepada aspek perlindungan dan pencegahan kebakaran dalam bangunan. Sistem pencegahan kebakaran yang dipaparkan termasuklah alat pemadam api mudah alih, pili bomba, kili hos, pancur kering dan pancur basah, sistem pemercik automatik, sistem pembanjiran menyeluruh karbon dioksida, sistem pengesanan dan penggera kebakaran serta senggaraan rutin kelengkapan pencegahan kebakaran. Tambahan tiga bab memperkenalkan tentang beberapa jenis ejen bersih, sistem kawalan asap dan sistem bertekanan dalam bangunan. Penggunaan ejen bersih didapati lebih berkesan untuk memadam kebakaran dan lebih mesra alam berbanding penggunaan gas karbon dioksida dalam sistem pembanjiran menyeluruh. Sistem kawalan asap dan sistem bertekanan dalam bangunan berfungsi mengawal asap dan memastikan ruang dan laluan kecemasan sentiasa bebas asap untuk tujuan menyelamatkan diri serta membantu mangsa sekiranya berlaku kes kebakaran bangunan.

Buku ini sesuai digunakan sebagai buku teks dan rujukan utama buat pelajar di institusi pengajian tinggi, politeknik dan institut latihan kemahiran di Malaysia. Di samping itu, buku ini boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan segera oleh para jurutera, arkitek dan individu yang terlibat secara langsung dengan aspek reka bentuk, pemasangan, operasi dan senggaraan serta ujian dan pentauliahan sistem pencegahan kebakaran bangunan dalam bangunan secara menyeluruh.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 19 × 23 × 2 cm
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index