Sistem Terbenam dengan Mikropemproses 68000

RM60.00

Category: Tag:

Description

Author : Muhammad Mun’im Ahmad Zabidi
ISBN : 9789835208010, Sistem terbenam ialah sistem komputer yang direka untuk melakukan suatu tugas tertentu dan merupakan sebahagian daripada peralatan. Terdapat pelbagai sistem terbenam, iaitu daripada yang mudah alih seperti jam tangan dan telefon bimbit sehinggalah kepada yang besar dan kompleks seperti robot industri dan lampu trafik. Sistem terbenam amnya dikawal oleh mikropemproses. Terdapat banyak pilihan mikropemproses untuk sistem terbenam berbanding dengan komputer peribadi dan pelayan. Mikropemproses 68000 direka dan dipasarkan oleh Freescale Semiconductor (asalnya Motorola Semiconductor Products Sector). Mikropemproses 16/32 bit ini mempunyai set suruhan kemas yang amat sesuai bagi memperkenalkan bakal jurutera kepada pengaturcara bahasa himpunan. Mikropemproses ini juga mempunyai ciri perkakasan yang ideal bagi mempelajari konsep pengantaramukaan. Buku ini dimulakan dengan pengenalan sistem terbenam dan mikropemproses 68000. Seterusnya, prinsip pengaturcaraan bahasa himpunan diliputi dengan mendalam. Ini diikuti oleh bab berkenaan perkakasan dan pengaturcaraan. Selanjutnya, kandungan buku ini diakhiri dengan bab mengenai pembinaan suatu sistem terbenam secara amali.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.