Taman Malaysia Ke Arah Identiti Nasional

RM35.00

Category: Tag:

Description

Buku Taman Malaysia ke Arah Identiti Nasional ini bertujuan untuk menilai dan memahami tentang pendekatan yang berkait rapat dengan reka bentuk seni bina landskap dalam penghasilan pembangunan taman awam yang mempunyai identiti Malaysia. Ini merupakan satu impian negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan seiring dengan persekitaran yang bersih dan selamat menjelang tahun 2020. Identiti nasional bagi sesebuah negara di dunia adalah penting bagi mengukuhkan kesatuan bangsa dan kesinambungan sejarah warisan negara tersebut. Seni bina landskap seperti Islam, China, Jepun, dan negara Eropah mempunyai reka bentuk halaman yang unik dan tersendiri dan mempunyai kesinambungan dari sudut reka bentuk daripada zaman sebelumnya. Gabungan seni bina dan seni bina landskap yang telah dihasilkan dalam reka bentuk laman atau taman rumah berjaya mewujudkan satu kesatuan seni reka landskap terkenal seperti Taman Inggeris, Islam, Itali, China, Jepun, dan sebagainya. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan bagi masyarakat umum, arkitek, dan sebagainya bagi mendalami pandangan tokoh-tokoh akademik dan seni bina landskap tanah air mengenai perkaitan antara masyarakat dengan pembangunan identiti seni bina landskap dalam mewujudkan identiti seni bina landskap di Malaysia.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.