Teknologi Realiti Terimbuh: Konsep dan Aplikasi

RM60.00

Category:

Description

Buku Teknologi Realiti Terimbuh: Konsep dan Aplikasi mengetengahkan pengetahuan berkaitan teknologi realiti terimbuh (AR) secara terperinci termasuk sejarah permulaan dan perbandingan dengan lain-lain persekitaran maya. Teknologi AR telah diadaptasi dalam semua semua bidang antaranya pendidikan, bahasa, perniagaan, hiburan, dan perubatan. Teknologi AR bukan hanya boleh digunakan oleh pengguna normal, ia juga turut membantu golongan kurang upaya seperti pekak dalam pembelajaran. Buku ini juga membuka peluang kepada penyelidik dan pembangun aplikasi untuk mengetahui dengan lebih lanjut proses pembangunan aplikasi AR secara yang sistematik dengan mengambil kira teori, kitar hayat pembangunan, reka bentuk, dan penilaian. Penerangan terperinci mengenai inovasi difusi, penilaian penerimaan teknologi baharu, model penerimaan teknologi, dan penilaian kebolehgunaan diketengahkan untuk pengetahuan pembaca dalam menilai aplikasi supaya ianya betul-betul bermanfaat kepada pengguna. Buku ini dilengkapkan lagi dengan dua kajian kes bagi memantapkan proses pemahaman pembaca mengenai penilaian aplikasi AR. Selain itu, kepekaan pembaca terhadap perkembangan semasa, isu dan etika yang berkaitan  teknologi AR akan terus memberi energi baru kepada pembaca untuk mencerna kemajuan dan kekuatan teknologi AR  ini.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.