Description
Buku ini mengupas teori-teori asas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Buku ini menjadi rujukan pelajar-pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia bagi Subjek Kaedah Mengajar Bahasa Arab di bawah kod (SLI 2292), subjek Qiraah Wa´al Maqal di bawah kod (SLI 3322) juga bagi subjek Qawaid Lughah Arabiah IV di bawah kod (SLI 2042).
Buku ini juga amat sesuai bagi rujukan pelajar-pelajar IPTA dan Maktab Perguruan Islam serta masyarakat yang berminat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.