Description
Buku ini membincangkan konsep kesihatan jiwa berdasarkan perspektif Islam dan bagaimana ibadah dapat memainkan peranan serta menjadi salah satu kaedah merawat jiwa yang sakit. Walaupun buku ini menonjolkan ibadah sebagai salah satu bentuk rawatan jiwa, penulis menjelaskan bahawa ibadah bukan sahaja perlu betul dan sah, tetapi kefahaman pesakit terhadap falsafah dan hikmah ibadah itu turut sama mengambil tempat yang penting dalam menjayakan rawatan jiwa ini. Sesungguhnya, rawatan jiwa yang sempurna adalah dengan mengambil kira keupayaan pesakit untuk memahami tujuan dan hikmah ibadah yang dilakukan bagi menjamin kesan baik ibadah yang dilakukan sentiasa berterusan. Sekiranya tujuan dan hikmah ibadah tidak difahami, ada kemungkinan sakit jiwanya akan kembali, dan akhirnya menjejaskan kesihatan mental. Justeru, diharap buku ini dapat membuka dimensi baharu dalam kaedah perawatan jiwa khususnya bagi pesakit mental.