Description
Buku Tingkah Laku Organisasi: Pengenalan Tingkah Laku Individu menggarap perspektif tingkah laku individu dalam organisasi. Dalam sesebuah organisasi, manusia adalah salah satu komponen utama yang berfungsi sebagai aset penting bagi pembangunan organisasi. Justeru, dalam mengurus organisasi, seseorang itu perlu memahami dan mengurus manusia dengan baik. Sehubungan dengan itu, buku ini membicarakan faktor asas yang mempengaruhi tingkah laku seseorang individu dalam sesebuah organisasi seperti biografi, kebolehan, personaliti, pembelajaran, persepsi, sikap, kepuasan kerja dan motivasi kerja.
Buku ini sesuai untuk rujukan para pelajar yang mengikuti mata pelajaran Tingkah Laku Organisasi di maktab, kolej dan universiti. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan bacaan umum, terutama bagi para pengurus dan penyelia untuk menambahkan kefahaman tentang tingkah laku individu dalam organisasi.