Description
Kecemerlangan adalah impian setiap yang bergelar wanita walaupun penilaian terhadap kecemerlangan dilihat dari persepsi yang berbeza. Walau apapun definisi yang diberi oleh masyarakat untuk wanita cemerlang, buku ini membincangkan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk merealisasikan impian menjadi wanita cemerlang tanpa mengira status dan hierarki. Mengenal pasti ciri-ciri psikologi wanita cemerlang, halangan psikologi yang mereka hadapi serta cabaran hidup sebagai wanita moden daripada pelbagai aspek bermula dengan diri sendiri, keluarga, kerjaya sehinggalah kepada pengurusan cinta menjadi asas yang penting untuk membina kecemerlangan dan kesempurnaan.
Buku ini sesuai untuk rujukan dan bacaan umum bagi semua golongan masyarakat yang ingin memahami dan menghayati erti kecemerlangan yang sebenar.