Description
Penulisan buku ini bertujuan menyingkap kembali sejarah penglibatan wanita dalam dunia ketenteraan pada zaman Rasulullah SAW. Meskipun ramai yang mengetahui bahawa wanita turut terlibat dalam ketenteraan pada ketika itu, namun tidak ramai yang mengetahui penglibatan wanita secara khusus dalam bidang tersebut. Sejarah Islam telah merekodkan pelbagai jenis peperangan yang berlaku sewaktu hayat Rasulullah SAW dan selepas zaman kewafatan Baginda. Sepanjang hayat Rasulullah SAW, ada beberapa wanita yang turut serta dalam peperangan. Ketaqwaan yang ada dalam diri setiap wanita adalah berkobar-kobar ketika melawan musuh Islam. Mereka juga yakin dengan janji-janji Allah SWT dan turut bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah SWT. Di samping itu, penulisan dalam buku ini turut memperlihatkan beberapa peranan Wanita dalam ketenteraan yang masih sesuai diaplikasikan dan digunakan pada era globalisasi kini.