Description
Setiap individu tidak dapat lari daripada stres. Perubahan gaya hidup dan situasi semasa banyak menimbulkan tekanan kepada individu. Stres sama ada disedari atau tidak, memberikan pelbagai kesan kepada tubuh badan manusia. Stres boleh merosakkan sistem dalam tubuh badan manusia sehingga melemahkannya. Lebih menakutkan, stres boleh membunuh manusia dalam senyap tanpa disedari.
Oleh yang demikian, buku ini bertujuan untuk menggarap khazanah ilmu Islam dalam bidang psikologi dan rawatan kejiwaan sebagai salah satu cara menangani stres. Penerbitan buku ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada wanita sama ada yang berkerjaya atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan seharian.