Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor

RM180.00

Out of stock

Category: Tag:

Description

Kebudayaan dan adat istiadat istana Kesultanan Johor merupakan hasil percampuran dan adunan budaya Melayu, Islam dan Barat yang diwarisi dari zaman kegemilangan empayar Johor, ke zaman dinasti Bendahara dan dinasti Temenggong sehingga sekarang. Sultan Abu Bakar memperkenal dan menambah budaya Barat, khasnya Inggeris sebagai inovasi pembaharuan untuk menjadikan negeri Johor sebuah negeri yang moden. Pembaharuan yang diperkenalkan termasuk teknologi moden seperti sistem pentadbiran, pengangkutan, keselamatan dan pertahanan, reka bentuk bangunan, cara berpakaian dan cara memartabatkan kedaulatan baginda. Wawasan Sultan Abu Bakar dan sultan selepas baginda banyak mencipta pembaharuan yang mendahului kerajaan negeri-negeri lain dan kini menjadi ikon negeri Johor. Antaranya ialah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895, Mahkota Kerajaan, Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota, Askar Timbalan Setia Negeri, Jata Negeri dan lain-lain. Sultan Abu Bakar terkenal sebagai raja Melayu yang pertama melawat England iaitu pada tahun 1866, dan yang pertama diberi pengiktirafan antarabangsa. Baginda berjaya memperkenalkan Johor di arena politik dan perdagangan antarabangsa. Baginda juga terkenal dengan pendirian mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negeri Johor dari penjajahan Inggeris selama 33 tahun berturut-turut. Baginda menggunakan kekuatan sistem pengurusan dan pentadbiran negeri yang cekap dan efisien bagi membanteras perancangan jahat Inggeris. Di samping itu, baginda memberi peluang kepada orang Melayu, orang Cina, orang keturunan Melayu dari kepulauan Indonesia dan orang keturunan India bersama-sama memajukan negeri. Tindakan Sultan Abu Bakar menjadi asas persefahaman, kerjasama dan toleransi antara rakyat baginda sehingga sekarang, tepat dengan seruan baginda “Muafakat itu Berkat”. Kesultanan selepas Sultan Abu Bakar meneruskan wawasan baginda dengan menambah dan memperbaiki adat istiadat istana. Justeru, kini Kesultanan Johor amat prihatin kepada rakyat, dan perlakuan adat itu seboleh-bolehnya tidak menyulitkan rakyat. Cara memberi hormat takzim bagi lelaki dan wanita adalah ringkas. Cara berpakaian memberi penghormatan kepada kebebasan kaum dan bangsa. Warna larangan diketepikan supaya tidak ada perbezaan antara raja dengan rakyat. Unsur dan budaya Islam tetap dikekalkan, seperti bacaan doa memohon restu dan perlindungan Allah sebelum dan selepas majlis, dan bersumpah secara Islam. Penulis dapat memberi gambaran terperinci dan sejitu mungkin akan perubahan memperkayakan adat istiadat kerana beliau terlibat secara langsung sebagai Dato’ Penghulu Istiadat Istana Johor yang mengendalikan istiadat diraja.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index