Description
Kisahnya mengambil latar penghujung abad ke-22. Ketika ini, revolusi komputer sudah mencapai tahap yang istimewa apabila minda manusia mampu mengawal komputer 100 peratus melalui penciptaan Huda. Penyakit manusia dapat disembuhkan sebelum diketahui; usia manusia panjang; kematian bahkan diyakini tidak kunjung datang. Hal ini berbeza daripada abad yang lepas, apabila Dr. Nayla, isteri Dr. Ajal, menghidapi tumor di dalam otaknya, dan kemudian kanser.
Pertemuan dan percintaan Dr. Nayla dan Dr. Ajal menjadi kisah klasik dan tidak habis-habis dibaca orang masa kini. Kedua-duanya begitu tabah; seorang menanggung kesakitan akibat penyakit, manakala seorang lagi memberikan semangat. Mereka berjaya melepasi semua rintangan melalui pelbagai ikhtiar, termasuk mendaki puncak Himalaya.
Penyakit seumpama tumor dan kanser, serta pelbagai penyakit yang ditakuti pada abad lalu hapus pada abad ini. Pencapaian sains berada di kemuncaknya, yang merupakan fasa baharu sains dan teknologi dalam bentuk yang lebih kompleks. Bagaimanapun, kemampuan sains tidak dapat menyaingi takdir Tuhan bahawa setiap yang bernyawa pasti mati. Akhirnya, Dr. Nayla mati dan Dr. Ajal meredainya, kerana baginya, Tuhan lebih menyayangi dia