Description
Instrumentasi dan Pengukuran adalah suatu bidang yang sangat penting dalam Sains dan Teknologi. Atas kepentingan ini Instrumentasi dan Pengukuran menjadi sebahagian daripada keperluan pembelajaran dalam jurusan Sains dan Teknologi, terutamanya di peringkat ijazah pertama, diploma dan juga sijil. Buku ini ditulis bertujuan untuk menjelaskan aspek asas yang penting bagi memahami sesuatu sistem instrumentasi dan kaedah pengukuran. Buku ini membincangkan komponen penting yang mendirikan suatu sistem instrumentasi, ciri instrumentasi dan beberapa contoh pengukuran dalam bidang Sains dan Kejuruteraan. Pengetahuan ini adalah berguna dalam membuat pemilihan instrumen yang sesuai untuk sesuatu tujuan pengukuran.