Asas Kaunseling: Penguasaan Teori, Kemahiran dan Proses Kaunseling

RM55.00

Category:

Description

Buku ini merupakan sebuah buku yang telah dihasilkan dan disusun secara komprehensif berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman penulis dalam bidang kaunseling. Pada hakikatnya, para kaunselor dan pengamal kaunseling di Malaysia hendaklah memainkan peranan mereka secara profesional dan berkesan dalam proses menolong klien bagi mencapai matlamat kaunseling yang diberikan. Oleh hal yang demikian, buku ini memberikan pendedahan kepada para pembaca tentang asas kaunseling, khususnya berkaitan dengan tiga aspek penting yang perlu dikuasai oleh para kaunselor dan pengamal kaunseling, iaitu teori kaunseling, kemahiran kaunseling dan proses kaunseling bagi menolong klien secara berkesan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sejahtera serta memiliki kesihatan mental yang baik.

Selain itu, cabaran kaunselor ke arah memperkasa perkhidmatan kaunseling turut dibincangkan dalam penulisan ini. Garapan bahasa yang diolah secara terperinci dan mudah berserta contoh-contoh dan ilustrasi telah disajikan bagi menjadikan buku ini lebih menarik dan mudah untuk dibaca dan difahami. Penulisan buku ini juga dilengkapkan dengan contoh- contoh kes kaunseling yang relevan. Justeru, buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan, khususnya kepada para kaunselor di Malaysia, baik yang masih baharu mahupun yang telah berpengalaman berkhidmat bagi memantapkan profesionalisme kaunseling yang diceburi.

Buku ini juga boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dan pensyarah di kolej, institut pendidikan guru, institusi pengajian tinggi, para pengamal kaunseling, para pendidik di sekolah atau mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk mempelajari pendekatan kaunseling dalam proses menolong secara berkesan.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 19 × 23 × 1 cm
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index