Diagnostik & Pemulihan Kesalahan Lazim bagi Beberapa Tajuk Matematik Sekolah Menengah

RM23.00

Out of stock

Category: Tag:

Description

Buku ini menghuraikan kesalahan lazim pelajar dan cadangan strategi pemulihan dalam beberapa tajuk matematik sekolah menengah di Malaysia. Kesalahan lazim tersebut telah dikelas berdasarkan kesalahan dalam aspek konsep, simbol, penafsiran dan penyelesaian masalah. Strategi pemulihan yang dikemukakan memfokus kepada pembinaan konsep dan penyelesaian masalah. Antara pendekatan yang digunakan ialah memperkenalkan peranan questions and prompts dan contoh generik. Questions and prompts (soalan dan arahan tertentu) ialah cara menyoal pelajar untuk menarik perhatian mereka kepada pemahaman idea matematik dan pembinaan kemahiran yang diperlukan bagi topik yang dibincangkan. Contoh generik ialah contoh yang berstruktur supaya konsep atau kemahiran yang menjadi tumpuan dalam pengajaran menjadi lebih jelas.

Setiap subtopik matematik yang dipilih dipersembah berdasarkan aspek Pengetahuan Sedia Ada, Kesalahan Lazim, Pengayaan Ilmu, Cadangan Strategi Pemulihan, Contoh Panduan Pengajaran, Bahan Bantu Mengajar, dan Contoh Penyelesaian Lengkap Soalan SPM.

Buku ini sesuai untuk kegunaan guru matematik, guru pelatih dan tenaga pengajar yang berminat dalam pendidikan matematik.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.