Description
Buku ini memberi penekanan kepada konsep asas perhubungan elektronik antara dua pihak yang melangkaui jarak pendengaran manusia. Penerangan tentang prinsip asas perhubungan, teknik dan peranti yang digunakan diberikan melalui cara yang mudah difahami. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman pembaca tentang sesuatu konsep, contoh soalan serta penyelesaiannya disertakan dan ditambah pula dengan soalan tutorial pada bahagian akhir setiap bab.
Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) di pusat pengajian tinggi dan pelajar politeknik di seluruh negara serta pembaca yang berminat dalam bidang perhubungan.