Fizik Bahan Amorfus

RM16.00

Category: Tag:

Description

Melihat kepada perkembangan ilmu sains dan kejuruteraan bahan yang berkembang pesat, penulis lantas terpanggil untuk menulis satu daripada bidang sains bahan yang sangat berguna, iaitu bahan amorfus. Walaubagaimanapun oleh sebab bidang ini juga luas maka penulis telah mengecilkan skop isinya kepada aspek sains fizik sahaja. Pun begitu, penggunaan aspek matematik tidak dapat dielakkan kerana ia dianggap sebagai bahan fizik. Buku ini mengandungi enam bab. Dalam bab pertama, pembaca dibawa untuk memahami takrifan bagi bahan amorfus itu sendiri selain didedahkan dengan enam kaedah menyediakan bahan amorfus. Selepas mengenali bahan tersebut, satu tajuk khas dalam bab dua, iaitu tentang kaca akan disertakan.Tajuk ini dirasakan begitu penting kerana ia memberi pengetahuan termodinamik asas pembentukan bahan. Struktur bahan pula dikemukakan dalam bab tiga. Ini meliputi struktur mikroskopik dan juga struktur mikroskopik bahan. Beberapa permodelan struktur akan diketengahkan dalam bab ini. Sementara itu, sifat optik bahan amorfus pula dibincangkan dalam bab empat. Bab ini membincangkan penyerapan cahaya oleh bahan dan dilihat dari pelbagai julat jarak gelombang. bab lima menerangkan sifat pengangkutan bahan amorfus. Ini termasuk sifat konduktif arus terus, kekonduksian terma dan ionik dan kesan Hall. Sementara, bab enam pula membincangkan amorfus unsur bukan logam terutama daripada sifat fizikalnya. Setiap bab disertakan dengan soalan latihan dengan tujuan untuk memahirkan pengetahuan asas yang berterusan. Jawapan kepada latihan tersebut juga disertakan dibahagian akhir buku.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index