Description
Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama memperkatakan soal perpaduan sejagat dan bagaimana Islam bertindak sebagai gagasan alternatif kepada masalah tersebut. Bahagian kedua pula memperkatakan soal perpaduan dan persaudaraan yang wujud antara sesama Islam. Sementara itu bahagian ketiga membicarakan berkenaan dengan masyarakat majmuk dan kerukunan beragama. Turut dibincangkan dalam bahagian ini ialah toleransi beragama supaya difahami dan dibezakan dengan konsep toleransi agama. Pemahaman terhadap dua aspek tersebut amat penting dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia demi menjaga kerukunan hidup masyarakatnya dan sekaligus menjalin hubungan perpaduan sesama mereka. Mudah-mudahan dengan terbitnya buku ini di tengah-tengah masyarakat Malaysia kini mampu memberi gambaran sebenar kepada pembaca bagaimana langkah yang seharusnya diambil untuk membentuk perpaduan sejagat dan persaudaraan sesama Muslim, di samping memahami aspek-aspek perbezaan dalam agama lain yang selama ini masih menghantui kewujudan persefahaman dan keharmonian antara kaum