Kaunseling dan Aplikasi

RM65.00

Category:

Description

Seiring dengan ledakan dan kemajuan era globalisasi pada masa kini, setiap individu lebih mudah terdedah kepada pelbagai isu kesihatan mental atau gangguan psikologi. Oleh yang demikian, pendekatan kaunseling merupakan merupakan salah satu mekanisme bagi membantu pelbagai golongan masyarakat di Malaysia menjalani kehidupan yang sejahtera dan produktif. Buku ini membincangkan pelbagai aplikasi pendekatan kaunseling, iaitu kaunseling kelompok, kaunseling kanak-kanak dan remaja, kaunseling kerjaya, kaunseling keluarga, kaunseling warga berusia atau gerontologi, kaunseling klien tidak sukarela, dan kaunseling klien dalam kemarahan. Panduan, strategi intervensi, dan teknik beserta strategi memperkasa profesionalisme kaunseling juga turut dibincangkan dalam buku ini.

Garapan bahasa yang diolah secara terperinci dan mudah beserta pelbagai contoh dan ilustrasi telah disaji bagi menjadikan buku ini lebih menarik dan mudah untuk dibaca. Buku ini juga dimantapkan dengan pelbagai contoh kes kaunseling yang releven.

Justeru, buku ini sesuai sebagai bahan rujukan, khususnya kepada para kaunselor di Malaysia, baik yang masih baharu mahupun yang telah berpengalaman berkhidmat bagi memantapkan prefesionalisme kaunseling yang diceburi; para pelajar dan pensyarah di kolej, institusi pendidikan guru, dan institusi pengajian tinggi; pengamal kaunseling; dan para pendidik di sekolah atau mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan menggunakan pendekatan kaunseling dalam proses menolong.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.