Description
Buku ini merupakan koleksi 13 esei yang mengupas dan membicarakan pelbagai perspektif pengurusan Universiti yang meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran ke arah berorientasi e–learning, pengurusan ijazah lanjutan, pengurusan sumber manusia dan penyelidikan. Selain itu, ia juga mengupas pelaksanaan dalam penyelidikan, inovasi dan kreativiti. Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi dan Cabaran UTM turut membentangkan dua hasil kajian institusi mengenai pelanggan utamanya iaitu pelajar. Buku ini diharap dapat menjelaskan falsafah, konsep dan pengalaman UTM dalam bidang yang dinyatakan dan pengalaman yang dipelajari daripada pelaksanaan tersebut. Pencapaian Anugerah Kualiti Perdana Menteri Sektor Awam bagi tahun 1999 telah merangsang UTM untuk berkongsi pengalaman, di samping mendokumenkan sumbangannya dalam pembangunan negara.