Kompendium Perancangan dan Reka Bentuk Kampus Kondusif

RM150.00

Category: Tag:

Description

Kompendium Perancangan dan Reka Bentuk Kampus Kondusif adalah hasil penyelidikan IRPA (Intensification of Research in Priority Areas) yang dijalankan bagi tujuan mengenal pasti kriteria reka bentuk persekitaran kampus yang kondusif di Malaysia. Kompendium ini memuatkan rumusan hasil kajian yang dijalankan ke atas empat buah universiti di Malaysia yang dipilih berdasarkan umur dan status universiti tersebut. Hasil kajian mendapati wujud kelemahan dari segi perancangan, reka bentuk, landskap, dan kehidupan sosial di universiti yang dikaji. Justeru itu, satu kajian penunjuk aras dilakukan ke atas empat universiti terkemuka di Jepun dan enam buah universiti terkemuka di Australia untuk mengenal pasti pendekatan reka bentuk serta aspek yang dipertekankan dalam perancangan kampus.

Berdasarkan hasil analisis bersilang antara kajian universiti tempatan dengan kajian penanda aras universiti terkemuka dunia, penulis mengemukakan cadangan menerusi tiga bahagian utama, iaitu perancangan, reka bentuk, dan landskap. Cadangan tersebut adalah dalam bentuk prinsip dan garis panduan yang menerangkan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam ketiga-tiga bahagian ini. Prinsip dan garis panduan yang dihasilkan adalah bertujuan untuk mengatasi kelemahan reka bentuk kampus sedia ada, selain mencadangkan reka bentuk yang dapat mewujudkan suasana persekitaran yang lebih kondusif bagi kehidupan dan pembelajaran dengan mengambil kira aspek budaya, sosial, dan iklim tempatan.

Kompendium ini merupakan suatu rujukan penting dan komprehensif bagi membantu para profesional, pelajar, orang awam, serta mereka yang terlibat dalam kerja-kerja perancangan dan reka bentuk kampus mengetahui aspek-aspek penting yang perlu diambil kira dalam pembangunan sesebuah kampus universiti khususnya di Malaysia.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.