Kreativiti: Teori, Konsep dan Praktis

RM45.00

Category: Tag:

Description

Kreativiti: Teori, Konsep dan Praktis ialah sebuah karya yang memerihalkan tentang kreativiti daripada sudut ilmiah. Disiplin kreativiti sebagai suatu sains pemikiran merupakan bidang yang masih baru dan sedang berkembang dengan pesat di Malaysia. Justeru, karya ini dilihat sebagai suatu usaha penulis untuk menyemarakkan lagi perkembangan disiplin kreativiti di negara ini. Selain itu, diharapkan buku ini dapat menjadi rujukan daripada pelbagai golongan yang ingin memahami dimensi kreativiti daripada perspektif ilmiah.

Buku ini mengandungi lima bab yang digarap dan dicerakinkan dengan mudah dan menarik agar dapat memberi gambaran sebenar kepada pembaca tentang konsep kreativiti. Secara sedar atau tidak kefahaman masyarakat tentang kreativiti masih belum begitu mendalam. Dalam konteks masyarakat Malaysia, lazimnya kreativiti hanya dikaitkan dengan aktiviti dan individu yang bergiat dalam bidang seni seperti lukisan, dekorasi, gubahan, kraf tangan dan penulisan. Sedang perspektif kreativiti telah berubah sejak tahun 1950. Sejak itu, kreativiti menjadi suatu disiplin penting di institusi pendidikan di seluruh dunia. Dewasa ini, kreativiti tidak hanya menjadi subjek ilmiah disiplin psikologi malah ia telah merentasi disiplin ilmu yang lain seperti pengurusan perniagaan, sains, kejuruteraan, ekonomi, perubatan, dan pembangunan sumber manusia dan organisasi. Terkini, kreativiti mula menjadi elemen penting dalam usaha membina sebuah negara dan masyarakat yang kreatif atau dikenali sebagai kreativogenik.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.