Description
“Buku Menggapai Bintang ini mampu memberi panduan lengkap kepada mahasiswa, khususnya dalam mengharungi kehidupan kampus. Usaha murni menerbitkan buku ini menunjukkan komitmen warga IPTA secara bersama berganding bahu ke arah melahirkan mahasiswa yang berkualiti serta mampu bersaing di pentas dunia.”
Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin – (Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)
“Buku ini dapat membantu mahasiswa terus berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran kerana buku ini padat dengan panduan yang boleh diaplikasikan.”
Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid
(Pengerusi Sekretariat Timbalan–Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar & Alumni)) IPTA
“Mahasiswa baharu perlukan bimbingan serta panduan menyesuaikan diri di dalam kampus dari sudut akademik mahupun kawalan emosi terutama bagi mahasiswa baharu yang tidak pernah tinggal di asrama.”
Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Ninggal
(Pengerusi Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti–Universiti Malaysia (MAKUMA)