Description
Tokoh intelek, cendekiawan terbilang,
bertaraf doktor dan profesor pun boleh menjadi
manusia dungu. Perkara remeh boleh menjadi isu rumit.
Peruntukan boleh membeli maruah, boleh menyebabkan manusia
bijak menjadi bodoh, sebodoh-bodohnya.
Dalam hati, mereka mengakuinya.
Namun, ia sering tidak dimanifestasikan melalui
perlakuan dan keinsafan kata-kata. Akan tetapi,
dengan keyakinan, separuh daripada kejayaan telah tercapai.
Itulah pegangan untuk menafikan rintangan.
Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan
merupakan manifestasi iltizam membenihi minda kreatif
bagi memanipulasikan daya cipta dan menghilirkan inovasi.
Sebagai wadah stimuli, sayembara ini menguja penerokaan
wilayah sains dan teknologi dengan radas seni susastera.