Pembangunan Kendiri

RM29.00

Category: Tag:

Description

Pembangunan Kendiri merupakan satu aspek yang amat penting khususnya dalam menghadapi arus globalisasi dunia semasa. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam terhadap aspek pembangunan kendiri, seseorangdapat mempersiapsiagakan dirinya secara mental bagi menghadapi cabaran yang wujud dalam arus semasa. Justeru itu, buku Pembangunan Kendiri ini ditulis dengan teliti agar dapat memberi kesan yang membina kepada pembaca khususnya dari aspek pembangunan diri. Secara umumnya, buku ini mengandungi 15 bab dan antara perkara yang dibincangkan ialah pengertian konsep kendiri, pembentukan konsep kendiri, tingkap johari, perkembangan penghargaan kendiri, konsep kendiri remaja, konsep kendiri sebenar dan konsep kendiri ideal, konsep kendiri guru, instrument untuk mengukur konsep kendiri, konflik kendiri dan konflik interpersonal, konsep kendiri dan motivasi, konsep kendiri dan delinkuen, harapan guru terhadap konsep kendiri, peranan orang signifikan, dan teori?teori pembangunan kendiri. Selain memberi penekanan dari aspek pembangunan kendiri, buku ini juga ditulis dengan cara yang komprehensif, iaitu dengan menggabungkan kepakaran psikologi dan kaunseling alam penulisan agar dapat memberi impak yang lebih berkesan kepada pembaca. Buku ini sesuai sebagai rujukan para pelajar di Institut Pendidikan Tinggi dan menjadi panduan kepada para guru dan ibu bapa yang sentiasa perlu bersedia untuk membangunkan diri.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.