Pembangunan Modal Insan Menurut Perspektif al-Quran

RM40.00

Category: Tag:

Description

Pembangunan modal insan menurut al–Quran adalah pembangunan yang melihat insan sebagai ‘watak’ terpenting dalam sesebuah pembangunan. Pembangunannya bersifat bersepadu dan menyeluruh meliputi pembangunan jasmani dan rohani, dunia dan akhirat. Pembangunannya juga bukan sahaja menekankan aspek pembangunan insan daripada sudut latihan kemahiran, kepakaran, profesional, dan penguasaan maklumat seperti yang ditekankan dalam konsep pembangunan insan di negara–negara barat, tetapi melangkaui hal ini dengan menekankan pembentukan insan mulia, iaitu insan yang berilmu dan sejahtera jiwa, yang menjadikan al–Quran dan al–Sunnah sebagai petunjuk kehidupan, memiliki pegangan agama yang kuat, intim hubungannya dengan Allah S.W.T., dan baik hubungannya sesama manusia.

Justeru, buku ini mengupas tentang pembangunan modal insan dalam pelbagai aspek kehidupan sebagai panduan. Kandungannya sarat dengan panduan daripada wahyu al–Quran, diperkuatkan dengan huraian hadis, dan pandangan daripada para sarjana Islam yang berwibawa. Kupasan buku ini menyentuh pembangunan insan meliputi aspek pemikiran, ilmu pengetahuan, kepercayaan, kejiwaan, akhlak, sifat kepimpinan, dan amalan Qiam al–Lail.

Buku ini sesuai sebagai bacaan umum masyarakat dan sebagai panduan kepada pertubuhan dakwah, pertubuhan remaja dan belia, dan juga penggerak masyarakat yang memfokuskan agenda ke arah membina generasi muslim yang memiliki kualiti peribadi unggul, bertakwa, dan berwawasan.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index