Pembangunan Tanah & Halangannya

RM28.00

Out of stock

Category: Tag:

Description

Pembangunan tanah merupakan penggerak utama pembangunan negara. Namun, pembangunan tanah melibatkan proses yang rumit. Antara puncanya adalah terdapat pelbagai halangan yang boleh menyebabkan pembangunan tanah tidak dapat dijalankan. Secara umum, halangan pembangunan tanah boleh dikategorikan mengikut faktor sosial, ekonomi, dan perundangan. Halangan pembangunan boleh juga dikategorikan secara faktor luaran dan dalaman. Kajian literatur menunjukkan secara amnya halangan pembangunan tanah boleh dibahagikan kepada halangan luaran dan halangan dalaman. Kajian literatur tentang faktor dalaman menumpu pada sikap pemilik dan pihak yang berkepentingan. Faktor luaran pula termasuklah undang-undang pembangunan tanah yang berkaitan. Selain faktor luaran dan dalaman, kehendak dan keperluan penduduk dalam memajukan tanah mereka perlu diberi perhatian. Kajian empirik yang dijalankan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu menunjukkan matlamat kerajaan untuk melihat pembangunan tanah yang diberi milik tidak kesampaian kerana halangan luaran dan sikap pemilik serta penduduk setempat yang dipengaruhi oleh persepsi, motif, dan strategi mereka. Penduduk juga ingin mengekalkan persekitaran sedia ada sebagai keperluan penduduk setempat.

Buku ini sesuai sebagai rujukan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi terutamanya dalam bidang alam bina, pembinaan, bangunan, seni bina, ukur tanah, ukur bahan, penilaian harta, pentadbiran dan pembangunan tanah, perancangan bandar, dan perumahan serta pembaca umum yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pembangunan tanah.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index