Description
Peminggiran Sosial: Keluarga Melayu Termiskin Bandar ini merupakan buku rujukan asas untuk penuntut, pensyarah dan guru di institusi pengajian tinggi, maktab dan sekolah menengah. Malahan buku ini boleh dijadikan rujukan untuk pegawai di agensi kerajaan, pembuat dan penggubal dasar pembangunan negara serta semua pihak yang terbabit dengan usaha membasmi kemiskinan di negara ini. Buku ini dikira berguna dalam memahami apa itu kemiskinan amnya dan bidang kemiskinan bandar khususnya serta memahami pendekatan membasmi kemiskinan dalam konteks masyarakat bandar.