Description
Simulasi ialah suatu kaedah yang sesuai digunakan untuk mengkaji operasi sesuatu sistem. Justeru, buku ini memperkenalkan para pembaca dengan pendekatan simulasi dan langkah yang terlibat dalam pembangunan model simulasi. Buku ini membincangkan tentang pemodelan simulasi bagi sistem diskrit, dinamik, dan stokastik. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman pembaca, banyak contoh penggunaan kaedah simulasi telah dimuatkan dalam buku ini. Pada setiap akhir bab disertakan latihan untuk menguji kefahaman pembaca. Buku ini sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah, pelajar serta mereka yang berminat untuk mempelajari kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk mengkaji operasi sesuatu sistem.