Description
Kedatangan Islam ke Alam Melayu mempunyai hubungan langsung dengan kemasukan ilmu–ilmu bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah, dan lain–lain. Antara komponen pengajian yang ditawarkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, pendidikan balaghah telah diiktiraf sebagai salah satu komponen yang penting dalam kurikulum kebangsaan hingga ke peringkat tertinggi. Pendidikan Balaghah Arab di Malaysia memperkenalkan ilmu balaghah Arab, kepentingan, dan isu–isu yang dibincangkan dalam pembelajarannya. Prinsip pengajaran dan situasi pembelajarannya juga dikemuka bagi memberikan gambaran yang jelas tentang realiti pengajiannya di Malaysia. Bagi memperlihatkan kesinambungan pengajiannya, buku ini menampilkan dua kajian tentang pembelajaran balaghah dalam kalangan pelajar Melayu melalui kurikulum yang berbeza sama ada kurikulum kebangsaan atau Ma’had al–Bu’uth al–Islamiyyat, Al–Azhar, Mesir. Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat terkini tentang perkembangan pendidikan balaghah Arab di negara ini. Buku ini sesuai untuk dibaca dan dirujuk oleh pelajar, pendidik, pengkaji bahasa dan pembaca awam yang berminat untuk mengetahui perkembangan pendidikan balaghah Arab.