Pengaturcaraan Pangkalan Data Menggunakan Oracle 11g

RM45.00

Category: Tag:

Description

Pangkalan data merupakan komponen utama yang penting dalam pembangunan sistem maklumat. Penggunaan pangkalan data membenarkan data hanya ditakrif sekali sahaja. Oleh sebab pengguna tidak boleh mencapai terus data dari pangkalan data, maka perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD), iaitu Oracle 11g diguna untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan pangkalan data.

Buku ini memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca untuk melaksanakan pengaturcaraan pangkalan data menggunakan Oracle 11g. Perbicangan dalam buku ini dimulakan dengan penerangan secara teori tentang web, pangkalan data, dan perisian sistem pengurusan pangkalan data, iaitu Oracle 11g. Kemudiannya, diikuti perbincangan tentang pelbagai elemen yang terdapat dalam bahasa pengaturcaraan pangkalan data, seperti membina pangkalan data, mencapai data menggunakan pernyataan Select, pembatasan dan isihan, rentetan, dan struktur kawalan.

Buku ini turut menerangkan cara untuk membangunkan aplikasi web dengan menggunakan ASP.NET dan PHP. Selain itu, penerangan tentang cara menghasilkan laporan menggunakan kawalan ReportViewer dan Chart turut diterangkan dalam buku ini. Setiap bab disertakan contoh atau latihan yang berkaitan untuk menguji kefahaman pembaca terhadap bab-bab yang diikutinya.

Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dan pelajar, rujukan kepada pengaturcara yang ingin mempelajari pengaturcaraan pangkalan data Oracle 11g dengan lebih mendalam, serta pembaca umum yang berminat untuk mempelajari pengaturcaraan pangkalan data dan membangunkan aplikasi sistem dengan menggunakan pangkalan data Oracle 11g secara mudah dan berkesan.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index