Description
Buku ini adalah lanjutan daripada buku Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi. Buku Psikologi Industri & Organisasi Jilid II memfokus kepada kaedah, prinsip, dan pengetahuan untuk meningkatkan keberkesanan pekerja dalam industri. Pekerja yang berkesan ada hubungannya dengan peningkatan prestasi industri. Terdapat beberapa aspek dalam organisasi yang boleh diguna untuk meningkatkan keberkesanan pekerja dibincangkan dalam buku ini seperti motivasi, kepimpinan, kelompok dan pengurusan konflik, pengurusan tekanan, persekitaran kerja dan sebagainya.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan umum, khususnya kepada pelajar dan mereka yang terlibat dalam pengurusan industri dan organisasi. Buku ini membantu pembaca memahami masalah pekerja dalam industri dan memikirkan kaedah penyelesaiannya.