Description
Buku Pengurusan Hukum Syarak Menurut Perspektif Usul Fiqh mengandungi tiga siri, iaitu Siri 1: Hukum Syarak, Siri II: Sumber Hukum Syarak, dan Siri III: Kaedah Penetapan & Perundangan Hukum Syarak.
Siri III: Kaedah Penetapan & Perundangan Hukum Syarak ini membincangkan kaedah yang digunakan oleh mujtahid dalam memahami bahasa nas. Ulama menghasilkan hukum syarak menerusi kedua-dua sumber induk ini.
Secara umum, kandungan buku Siri III ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama membincangkan bagaimana nas al-Quran dan hadis menunjukkan kepada sesuatu hukum. Bahagian kedua pula menerangkan bagaimana bahasa nas yang diturunkan 1000 tahun yang lampau masih boleh diterima sehingga kini dan seterusnya. Selanjutnya, bahagian ketiga buku ini menjelaskan asas penting yang dijadikan sandaran oleh para mujtahid dalam menyusun sesuatu peraturan untuk kebaikan manusia sejagat.
Buku Siri III ini mengandungi teras perbincangan dalam bidang ilmu Usul Fiqh berbanding Siri I dan Siri II.