Description
CETAKAN TERBAHARU
Buku ini membincangkan tentang pembentukan dan penyesuaian diri remaja dalam masyarakat. Pergaulan dalam masyarakat adalah faktor penentu dalam pembentukan konsep kendiri remaja. Oleh itu kepentingan memahami diri melalui Model Tingkap Johari ditekankan dalam buku ini. Melalui model ini,remaja lebih memahami objektif ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Buku ini juga memberi pendedahan kepada remaja kaedah bersosialisasi melalui pembentukan kelompok. Remaja diberi panduan bagaimana memilih rakan sebaya yang sesuai dan perbezaan antara fitnah dan kenyataan agar tidak terpengaruh dalam arus pembangunan. Aspek perhubungan antara jantina turut dikupas. Apakah batasan yang perlu diikuti oleh remaja supaya tidak terjebak dalam gejala sosial. Buku ini memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan ahli masyarakat akan kepentingan sosialisasi kepada remaja. Psikologi Sosial sesuai digunakan sebagai rujukan untuk golongan pelajar dan individu yang ingin mempelajari tentang pembinaan kendiri, keluarga, dan masyarakat.