Sejarah Falsafah Politik Dalam Islam

RM45.00

Category: Tag:

Description

Buku Sejarah Falsafah Politik dalam Islam ini membincangkan bagaimana al–Quran berbicara tentang falsafah sains politik yang merangkumi pengertian falsafah, prinsip dan teori politik Islam. Falsafah politik Islam yang pernah diperjuangkan oleh para nabi dan rasul Allah yang telah berjaya dari segi teori dan praktiknya dalam masyarakat lebih 7400 tahun dari zaman nabi Adam a.s hingga zaman Nabi Muhammad s.a.w (1H–10H/622M–632M), zaman Khulafa’ al–Rasyidin (11H–40H/632M–661M), zaman Khulafa’ Bani Umayyah (41H–132H/661M–750M), zaman Khulafa’i Bani Abbasiyyah (132H–656H/750M–1258M), Daulah Uthmaniyyah Turki (680H–1341H/1281M–1924M), kerajaan Safawi di Parsi (1501M–1736M), kerajaan Mughal di India (1526M–1858M), kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol (711M–1492M), kerajaan Melayu Aceh Dar al–Salam (1231M–1815M), dan Kesultanan Melayu Islam Melaka (1400M–1511M) turut menjadi fokus perbincangan utama dalam buku ini.

Sehubungan itu, wajar perjuangan falsafah sains politik Islam yang suci ini perlu diperjuangkan oleh umat Islam sehingga ke hari kiamat agar sebuah Negara Islam yang berkebajikan dan mendapat keredaan Allah S.W.T dapat diwujudkan. Selain itu,konsep politik Islam yang berasaskan kepada sistem syura, manakala konsep politik Barat yang berasaskan kepada sistem demokrasi Barat turut dibahaskan.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai salah satu khazanah rujukan yang berteraskan falsafah politik dalam Islam kepada seluruh masyarakat umum

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.