Strategi Reka Bentuk Pembangunan Lestari

RM85.00

Category: Tag:

Description

Buku ini mengupas pelbagai isu alam sekitar akibat pembangunan fizikal tidak seimbang yang membawa banyak kerosakan terhadap komponen alam sekitar. Pelbagai strategi reka bentuk pembangunan lestari dihuraikan dengan tujuan untuk menangani isu atau masalah yang berpunca daripada pembangunan yang pincang. Antara strateginya adalah merancang tapak pembangunan yang lestari, mengekalkan kehijauan semula jadi, dan mereka bentuk bangunan yang sesuai dengan iklim setempat. Arkitek dan pelbagai pihak berkepentingan berperanan untuk memulihara warisan, budaya dan agama ketika merancang sesuatu pembangunan di samping memastikan warga tempatan berpeluang menjana ekonomi dan hidup dengan sejahtera.

Penyertaan governan dan pelbagai pihak berkepentingan adalah penting untuk terus menyumbang secara berkesan terhadap pembangunan fizikal yang berkualiti dan harmoni bagi menjayakan matlamat pembangunan lestari. Usaha ini selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan supaya manusia bertanggungjawab dalam menjaga hubungan dengan Penciptanya, sesama manusia, dan dengan makhluk lain.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar, penyelidik, dan golongan profesional dalam bidang reka bentuk bangunan dan pembinaan agar mereka dapat bentuk bangunan dengan persekitaran yang lebih lestari.

Halaman : 185 m/s
Berwarna penuh.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.